Pages

Thursday, March 17, 2011

Pakatan ulangi desakan hentikan pembinaan loji nuklear


KUALA LUMPUR:  Pakatan Rakyat mengulangi desakan supaya kerajaan membatalkan rancangan membina stesen janakuasa nuklear di negara ini yang dibimbangi mengancam nyawa penduduk.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata, beliau merujuk situasi di Jepun yang menghadapi kesan radiasi nuklear 400 kali ganda akibat letupan loji nuklear ketika bencana tsunami melanda negara itu, baru-baru ini.
“Negara Jepun yang berpengalaman lebih 50 tahun dan bersedia untuk menghadapi bencana alam pun menghadapi masalah kebocoran radiasi.

“Bagaimana pula dengan negara ini yang tiada pengalaman langsung. Bagaimana jika berlaku kecuaian. Bagaimana Malaysia hendak mengawal sisa-sisa nuklelar?”  soal Hee ketika berucap dalam perbahasan menjunjung titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau mempersoalkan tindakan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang berhasrat meneruskan pembinaan stesen janakuasa nuklear pada tahun 2021.
Difahamkan, kementerian terbabit telah membuka tender bagi pembinaan projek itu dan kini sedang meneliti tawaran dari syarikat perunding antarabangsa.
Menurut Hee, alasan kerajaan bahawa Malaysia bebas dari bencana alam adalah tidak munasabah berikutan bukti tragedi tsunami yang melanda bahagian utara negara pada tahun 2004 dan kejadian gempa bumi yang direkodkan di Bukit Tinggi dengan kekuatan 3.4 skala richter pada tahun 2010.
“Sehandal mana pun pakar nuklear antarabangsa, mereka tidak boleh memberikan jaminan bahawa loji janakuasa nuklear adalah selamat. Buktinya ialah apa yang terjadi di Jepun,” jelas Hee.
Justeru, Hee menyeru kerajaan menggunakan kaedah lain dalam usaha menambah sumber tenaga negara, termasuk melalui penggunaan tenaga alternatif dan tenaga diperbaharui.
Terdahulu sebelum itu, Ahli Parlimen balik Pulau, Yusmadi Yusof menggesa Kementerian Luar untuk mencadangkan kepada negara-negara Asean supaya mengambil inisiatif  membantu Jepun dalam misi kemanusiaan.
“Rantau ini menerima bantuan dari Jepun ketika bencana tsunami melanda pada tahun 2004.
“Berdasarkan ‘track record’, Malaysia sering membantu negara yang menghadapi konflik dan ditimba musibah.Justeru peranan perlu dimainkan oleh
Kementerian Luar Malaysia untuk menghulurkan bantuan selain mengeratkan jalinan perhubungan antara negara Asean dan Jepun,” kata Yusmadi.

No comments:

Posting Terkini