Pages

Tuesday, March 15, 2011

Isu telesidang dipertikai dalam bicara kes Abu Bakar Bashir



Warta Kerajaan Rakyat - JAKARTA: Satu pertikaian tercetus dalam sesi perbicaraan suspek pengganas, Abu Bakar Bashir, di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan semalam apabila para peguam tertuduh enggan menggunakan wadah telesidang beberapa saksi.

Salah seorang peguam tertuduh, Encik Achmad Michdan, mendesak supaya para saksi hadir di mahkamah, sambil berkata jika para saksi berasa gentar atas kehadiran Abu Bakar, maka tertuduh boleh keluar dari bilik mahkamah semasa sesi berkenaan.

Bagaimanapun, Hakim Herry Swantoro berkata pihak mahkamah mahu mengekalkan pendirian objektifnya dengan membenarkan penggunaan telesidang itu, dan bahawa salah seorang peguam tertuduh dibenarkan hadir di pusat penahanan untuk memantau telesidang tersebut.


'Maka bantahan peguam itu dicatatkan dan ketika ini panel hakim mengekalkan keputusan (untuk membenarkan telesidang itu),' kata beliau, yang dipetik laman akhbar Kompas.

Pasukan peguam bela Abu Bakar tidak menghantar seorang pun daripada anggotanya ke pusat tahanan berkenaan.Seorang lagi peguam Abu Bakar, Encik Madhi Rahman, kemudian menuduh pihak pendakwaan melakukan pemalsuan ke atas senarai 16 saksi itu.

'Apa yang kami khuatiri ialah senarai nama itu adalah satu pemalsuan oleh pihak pendakwaan,' katanya.Encik Andy M. Taufik, salah seorang daripada pihak pendakwaan, kemudian bertindak balas dan satu pergaduhan tercetus sehingga menyebabkan Encik Madhi menghempaskan senaskhah buku di atas meja sambil berteriak-teriak.Encik Madhi kemudian diarah keluar dari mahkamah oleh para pegawai mahkamah kerana 'menghina mahkamah' selepas satu kejadian pertelagahan berlaku antara para pegawai dengan pasukan peguam bela yang mewakili Abu Bakar.

Keadaan bertambah kecoh dengan laungan para penyokong Abu Bakar yang hadir dalam mahkamah.Berikutan itu, Abu Bakar berkata kepada Hakim Swantoro: 'Saya tidak akan mengikuti perbicaraan ini tanpa peguam saya.'

Sedang Abu Bakar dan peguamnya meninggalkan mahkamah, pihak pendakwaan meminta mahkamah tersebut agar meneruskan keterangan saksi melalui telesidang. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini