Pages

Wednesday, January 26, 2011

Umno telah temui 60 peratus pengundi Melayu

LABIS: BN sudah menguasai semua tempat termasuk di kawasan yang menjadi kubu kuat pembangkang khususnya PAS, kata Naib Ketua Umno bahagian Labis, Hashim Daud.
“Tiada lagi kawasan yang menjadi kuat PAS, kita telah masuk semua.  Kawasan PAS paling kuat iaitu Kampung Sawah Baru juga telah menjadi kawasan kita.
“Sebahagian besar pengundi yang sebelum ini mengundi parti pembangkang  akan mengundi BN,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pilihanraya kecil DUN Tenang, calon BN Mohd Azahar Ibrahim dicabar calon PAS, Normala Sudirman pada Ahad ini.

Hashim berkata, setakat ini jentera Umno telah berjaya mendekati kira-kira 60 peratus pengundi Tenang dari kalangan orang Melayu.
Manakala, bagi pengundi kaum Cina dan India tugas itu diserahkan kepada parti komponen dari kedua-dua kaum tersebut.
“Ya mereka mengalu-alukan kedatangan kita (Umno), kerana mereka tahu parti ini telah banyak membantu mereka,” tambahnya.
Menurut Hashim, program termasuk ceramah yang dibuat oleh PAS hanya dihadiri oleh orang dari luar Labis.
Beliau juga mendakwa isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang semuanya sudah lama dan basi.
Bagaimanapun, Pengarah Pilihanraya PAS Tenang, Salahuddin Ayub berkata, PAS telah berjaya memasuki ke kawasan yang sebelum ini tidak boleh ditembusi oleh parti itu.
“Saingan cukup hebat dan  PAS akan terus bekerja kuat untuk menyampaikan maklumat kepada para pengundi.
“Dan bermakna PAS tetap mempunyai pekuang untuk menang,” katanya lagi.

No comments:

Posting Terkini