Pages

Monday, January 24, 2011

Badrul Hisham fail saman pemula

LAPORAN PENUH SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi memfail saman pemula mengisytihar beliau masih wakil rakyat yang sah.
Beliau hadir kira-kira jam 3.30 petang di mahkamah itu petang ini dan diwakili peguam Datuk Hafarizam Harun daripada Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.
Badrul menamakan dua defandan di dalam samannya, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor Teng Chang Khim dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Alasan permohonan itu pertama; defendan pertama (Teng) dalam kenyataan akhbar mengisytiharkan kerusi Dun46 Pelabuhan Klang kosong kononnya dibawah artikel Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Kedua, beliau tidak hadir pada sidang Dun pada 8 November hingga 16 November 2010 kerana mendapatkan rawatan perubatan tradisional akibat masalah kesihatan.
Malah tiada persidangan berlangsung dimana plaintif perlu hadir pada 15 Julai hingga 8 November 2010.
Atas penafsiran Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor tempoh masa enam bulan dikira daripada 8 November 2010 maka pengisytiharan defendan pertama bahawa kerusi Dun kosong tidak sah atau batal.
Malah pihaknya juga telah menulis surat bertarikh 5 Januari 2011 kepada Teng untuk memohon pertemuan bagi memberi penjelasan tetapi Teng tidak menjawab.
Speaker didakwa berniat jahat
Badrul yang ditemui di lobi mahkamah berkata, tindakan menamakan SPR sebagai defendan kedua memandangkan suruhanjaya itu ada hak dan kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi tersebut.
Katanya, tindakan Teng juga berniat jahat apabila membuat keputusan mengosongkan kerusi Dun tanpa merujuk kepada SPR.
“Harap SPR dalam meneliti sama ada kekosongan kerusi di bawah Seksyen 12 Akta Pilihanraya 1958 melihat secara mendalam dan meneliti fakta kes sebelum membuat sebarang keputusan status kerusi Dun Pelabuhan Klang.
“Saya pohon keadilan diberi kepada saya kerana tindakan Speaker yang jelas berniat jahat dalam mengosongkan kerusi dan membuat keputusan tentang kekosongan tanpa merujuk kepada SPR,” katanya
Sementara itu, menurut Hafarizam kes ini ditetapkan untuk pendengaran pada 17 Februari depan. Ini bagi memberi masa kepada pihak Teng untuk menjawab afidavit Badrul tersebut.
Badrul memenangi kerusi Dun Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 4,407 undi.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) serta calon bebas, sebelum meninggalkan PKR pada Oktober 2009 untuk menjadi Adun bebas mesra BN pada 2009.
Seterusnya beliau menyertai Umno pada Mei tahun lepas.

1 comment:

Anonymous said...

Tindakan Speaker rasanya betul.
Elokpun YB bodoh ni dipecat. Banyak sangat kerenah dia dah buat. Perhabiskan duit rakyat je....! Apa yang dia buat selama dipegang jawatan. Kena tangkap khalwat adalah. Ada pula macai yang sorokkan sorokkan kes ni.
Dapat jadi YB, bini pun diceraikan. Ambil PA, kejap-kejap bertukar ganti sebab semua duit dia nak bolot. Kemut pulak tu. Memang dasar muka tak tahu malu.... lahanat ni..! Sebenarnya bukan apa, sibodoh ni nakkan supaya pencen YB dia tak hilang sebab kalau kena pecat dan tak cukup tempoh, pencen tak dapat. Faham ye...!

Posting Terkini