Pages

Tuesday, January 25, 2011

Dr Aziz : Pindaan Untuk Keseimbangan Kuasa

SHAH ALAM 24 JAN : Sidang Khas Dewan Negeri Selangor yang bersidang hari ini membuka lembaran sejarah baru apabila satu keseimbangan kuasa dicadangkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat tanpa menyisihkan komitmen terhadap institusi Raja Beperlembagaan dan suruhanjaya yang ada. 

Justeru itu, pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 untuk melantik tiga pegawai eksekutif kerajaan negeri Selangor iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri adalah relevan dan bertepatan, kata Pensyarah Undang-udang, Prof Dr Abdul Aziz Bari. 


" Apa yang berlaku ialah satu perseimbangan, tidak ada siapa yang rugi, tidak ada siapa yang mendapat kuasa, tidak ada siapa yang boleh monopoli seperti kalau kita perhatian peruntukan yang asal. Sebab itu, malang kita katakan sebab Umno tidak nampak perkara ini," jelas Aziz kepada Tv Selangor berhubung tindakan Umno membantah pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang dicadangkan kerajaan negeri.         

Jelas Aziz, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan segala kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dahulu. 

" Saya fikir Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar telah memberikan kita suatu imbasan kembali walaupun ringkas tetapi jelas kepada apa yang berlaku, apa yang dibuat oleh Umno, khususnya pentadbiran Mahathir Mohamad pada tahun 80-90-an terhadap kuasa Raja-raja,"kata Aziz.      

Oleh yang demikian katanya,idea supaya kuasa perlantikan tiga pegawai ex-officio yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran negeri Selangor perlu diletakkan pada tempat yang sebenar, seperti sebelum ia digubal dalam Krisis Perlembagaan 1993.  

Ini katanya untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak boleh mengambil kesempatan atau memonopoli mana-mana suruhanjaya atas kepentingan politik. 

" Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Tan Sri Khalid soal perkongsian pintar yang disebut tentang kuasa Sultan yang menerima cadangan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan kemudian mendengar nasihat dari menteri besar.Ini satu kerangka di mana Sultan terlibat, perkhidmatan awam terlibat melalui suruhanjaya dan menteri besar sebagai wakil rakyat dan rakyat juga turut dilibatkan," ujar beliau lagi.

Malah ujar Aziz, apa yang lebih penting ialah, pindaan perundangan 1993 oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membawa kepada satu perubahan besar dalam institusi Raja Berperlembagaan apabila kuasa Raja-raja Melayu terus dipinggirkan oleh pentadbiran Umno.

" Raja (hanya) setuju soal pindaan kekebalan tetapi yang Dr Mahathir dan kawan-kawan Umnonya lakukan turut melibatkan perkara lain.    

" (Malah) Dr Mahathir pernah berjanji bahawa pindaan itu hanya terhad kepada perkara yang berhubung soal kekebalan dan kuasa mengampun pada tahun 1993. Jadi mengapa mereka lajakkan dan mereka cuba ambil kesempatan daripada itu untuk meminda juga mengenai perlantikan pegawai kanan di peringkat negeri yang tidak masuk langsung dalam persetujuan ketika itu?," soal Aziz pula.         

No comments:

Posting Terkini