Pages

Wednesday, December 15, 2010

Zaid dilantik presiden parti Keadilan Insan Malaysia (Akim)

Zaid 1PETALING JAYA: Karier politik Dato’ Zaid Ibrahim yang nampak semakin pudar bangkit semula apabila dilantik sebagai presiden parti Keadilan Insan Malaysia (Akim) hari ini.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri menyertai parti ini yang baru selesai mengadakan mesyuarat agung pertama hari ini. Parti itu menukar nama kepada Parti Kesejahteraan Tanah Air dan melantik Zaid sebagai ketuanya.

Zaid, meninggalkan Umno selepas pilihan raya umum Mac 2008 dan kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kira-kira setahun yang lalu.
Beliau bertanding untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan PKR bulan lalu tetapi mengambil keputusan menarik diri atas dakwaan berlaku kepincangan dan penyelewengan ketika pemilihan.
Beliau keluar PKR selepas mengkritik pedas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin parti itu, yang tidak mengendahkan aduan beliau.
Zaid merupakan salah seorang pemimpin tertinggi politik yang kecil bilangannya di negara ini yang pernah menyertai kedua-dua parti pemerintah dan juga pembangkang.
Parti baru yang beliau sertai ini ditubuhkan pada 1995 berpengkalan di Kelantan dan nampaknya belum memberi sebarang impak terhadap lanskap politik tanah air setakat ini

No comments:

Posting Terkini