Tuesday, December 14, 2010
Sekilas Dunia
Majlis kahwin 'cerahkan' ekonomi
LONDON: Majlis perkahwinan besar-besaran pasangan diraja Eropah dijangka mencerahkan sedikit kesuraman ekonomi di benua itu tahun depan, sedang persiapan dijalankan bagi majlis perkahwinan musim bunga Putera William dari Britain dan Putera Albert II di Monaco pada musim panas ini.
Putera William akan berkahwin dengan kekasihnya sejak di universiti, Cik Kate Middleton, di London pada 29 April depan, manakala pasangan Putera Albert dan tunangnya, Cik Charlene Wittstock, dari Afrika Selatan, akan mengadakan majlis perkahwinan dari 2 hingga 3 Julai depan. -- AFP.
------------------Kapal nelayan Korea karam
SEOUL: Sebuah kapal nelayan Korea Selatan karam di perairan sejuk Lautan Antartika, menyebabkan lima kakitangannya terbunuh dan mencetuskan usaha mencari semalam bagi 17 lagi anak kapal yang hilang dan di khuatiri mati, kata para pegawai.
Seramai 20 anak kapal dapat diselamatkan. -- AP.
----------------------Kempen isytihar cuti umum dibantah
MANILA: Kempen-kempen untuk mengisytiharkan supaya diadakan cuti umum bagi memperingati haiwan belaan dan nelayan telah mencetuskan kemarahan di kalangan pemilik niaga di Filipina kerana bertambahnya cuti umum yang dinikmati pekerja setiap tahun.
Terlalu banyak cuti umum telah memaksa banyak bakal pelabur mengelak daripada melabur di negara itu, dan meningkatkan kos kepada para majikan. -- AFP.
Labels:
Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment