Pages

Wednesday, December 29, 2010

RM134.5 juta projek pembangunan kediaman mewah.

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Sunway City Bhd, Asli Budimas Sdn Bhd, menandatangani perjanjian dengan Bukit Lanang Development Sdn Bhd untuk membeli tanah di Plentong, Johor Bahru dengan harga RM134.5 juta.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, Sunway City berkata tanah seluas 26.15 hektar itu akan memberikan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM932 juta apabila ia dimajukan sepenuhnya.   

Katanya, memandangkan tanah itu terletak di lokasi strategik dalam wilayah pembangunan Iskandar Malaysia, syarikat itu berhasrat menukar projek kebanggaan pertamanya di Johor itu sebagai pembangunan kediaman mewah.      
Ia juga yakin pembanguan yang dicadangkan itu akan memenuhi permintaan pembeli rumah bagi kehidupan yang lebih berkualiti di negeri itu.
- Bernama

No comments:

Posting Terkini