Pages

Tuesday, October 5, 2010

Sekilas Dunia

Ahli politik anti-Islam Belanda dibicarakan

AMSTERDAM: Ahli politik anti-Islam Belanda, Geert Wilders, semalam mula dibicarakan kerana didakwa memberi ucapan berbaur hasutan.

Wilders didakwa menghasut kebencian ke atas golongan Muslim dengan menyamakan Islam dengan fahaman Nazi selain menggesa agar Al-Quran diharamkan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan sehingga setahun. -- AP.



Amerika sedia bantu lakar kod etika bagi Asean

MANILA: Amerika Syarikat bersedia membantu melakarkan kod etika yang sah di sisi undang-undang bagi menamatkan pertikaian wilayah antara anggota negara Asean.

Duta Amerika ke Manila, Encik Harry Thomas, berkata Washington mempunyai kepentingan untuk memastikan ketegangan berkaitan tuntutan ke atas kepulauan Spratly di Laut China Selatan ditangani secara aman. -- AFP.



Pemimpin dunia digesa tangani pemanasan dunia

TIANJIN: Ketua perubahan iklim bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cik Christiana Figueres, semalam menggesa pemimpin dunia agar mengambil tindakan konkrit bagi menangani masalah pemanasan dunia.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat PBB di bandar utara China, Tianjin, bagi melakarkan perjanjian baru untuk menggantikan Protokol Kyoto yang akan luput pada 2012.

Rundingan sebelum ini mengalami kegenjotan ekoran kurang kepercayaan antara negara-negara kaya dengan miskin berkaitan dana perubahan iklim. -- Reuters.



No comments:

Posting Terkini