JAKARTA: Selepas dikaitkan dengan kes hubungan seks luar nikah, vokalis kugiran Peterpan, Ariel (gambar), yang masih ditahan dalam lokap di Jakarta, dikatakan tidak menghormati Ramadan kerana jarang berpuasa. Ketua Perhubungan Awam Polis Indonesia, Pesuruhjaya Marwoto Soeto, berkata tidak banyak dapat dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap tahanan di bawah seliaan mereka ketika ini.
'Ariel jarang berpuasa,' kata beliau sambil ketawa yang ditukil oleh satu laporan laman berita vivanews.com, semalam.
Menurut Encik Marwoto, hampir setiap hari Ariel dilihat makan siang dan setelah itu menghabiskan waktu dengan merokok.
Menurutnya, jika hari biasa tahanan diberi makan tiga kali sehari, tetapi sempena Ramadan, hanya dua kali dibekalkan - untuk bersahur dan berbuka.
'Kalau tahanan mahu puasa atau tidak itu terserah mereka, urusan masing-masing,' katanya.
Ariel sedang menunggu masa untuk didakwa di mahkamah di bawah undang-undang antipornografi Indonesia selepas dikaitkan dengan satu rakaman video lucah - digelar video Peterporn - bersama dua selebriti terkenal di negara itu, yang tersiar di Internet, baru-baru ini.
Dia dikatakan meniduri kekasihnya, Luna Maya, dan seorang lagi personaliti televisyen, Cut Tari.
Sementara itu, polis Indonesia mengesahkan tempoh tahanan ke atas Ariel telah dilanjutkan selama 30 hari lagi.
Ini bermakna penyanyi itu terpaksa meraikan Aildilfitri dalam lokap.
No comments:
Post a Comment