SEPANG: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono tiba hari ini bagi menghadiri Rundingan Tahunan Ketujuh antara Malaysia dan Indonesia.
Ketibaan beliau bersama isteri, Ani Yudhoyono dan rombongannya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9 pagi disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Susilo dijadual bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu dua hala bagi mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia.
Esok Presiden Indonesia itu dijadual berucap di Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Susilo dijadual berlepas pulang ke Jakarta, Indonesia pada sebelah petang. - BERNAMA
Tuesday, May 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment