Pages

Sunday, May 23, 2010

Pendatang haram bergayut tiga jam di bawah bas bergerak

LONDON: Tiga pendatang haram bergayut di bawah bas sekolah yang pulang ke Britain dari Perancis.

Pendatang haram warga Sudan itu dipercayai bergayut hampir tiga jam di bawah bas ketika kenderaan membawa 47 pelajar dan enam guru itu melalui perjalanan sejauh 160 kilometer dari Calais ke Ingatestone, Essex.

Sebaik-baik sahaja bas tiba di Ingatestone, warga Sudan itu muncul dalam keadaan comot di hadapan ibu bapa yang datang untuk menjemput anak-anak mereka.

Lelaki berusia 18, 22, dan 26 tahun itu kemudian berjalan ke High Street.

Mereka, bagaimanapun, diekori oleh pengawal sekolah, Encik Keith Britten, dan ibu bapa pula menghubungi polis yang kemudian berjaya menahan dan menyerahkan mereka kepada Agensi Sempadan Britain.

'Saya ternampak mereka kali pertama ketika membantu mengeluarkan beg daripada tempat simpanan bas.

'Tiba-tiba tiga orang lelaki berdiri di atas rumput berhampiran bas,' kata Encik Britten.

Ketiga-tiga pendatang itu dipercayai mula bergayut di bawah bas ketika ia berhenti di Pusat Beli-Belah Cite Europe di Calais.

Mereka bersembunyi di antara casis dengan enjin, hanya beberapa sentimeter jaraknya dari permukaan jalan.

'Kami tak sangka perkara seperti begini boleh berlaku.

'Tuah menyebelahi pihak polis kerana mereka mengetahui muslihat ini dan selalu memeriksa bahagian bawah kenderaan,' kata seorang guru, Encik Rob Perry. -- Agensi.





No comments:

Posting Terkini