CHANGLUN (Kedah): Polis menahan seorang nenek berusia 65 tahun kerana disyaki terbabit menjual dadah jenis heroin dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Jenalik, dekat sini, pagi Ahad lalu.
Polis menahan wanita berkenaan ketika sibuk berurusan menjual dadah di rumah itu.
Turut ditahan ialah dua lelaki berusia 30-an yang disyaki pembeli dadah. -- BHM.
Derma semua kemenangan 'jackpot' kepada varsiti
SEOUL: Seorang peniaga yang memenangi sekitar AS$700,000 ($972,754) dalam permainan 'jackpot' di sebuah kasino di Korea Selatan telah menderma keseluruhan wang itu kepada sebuah universiti.
Jumlah yang dimenangi Encik Ahn Seung-Pil, 60 tahun, itu merupakan yang terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah kasino itu,
Encik Ahn, yang memiliki sebuah kilang tekstil yang kecil berkata beliau memutuskan untuk menyumbang kepada bidang pendidikan memandangkan beliau sendiri tidak bersekolah tinggi. -- AFP.
Wednesday, May 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment