KAHIRAH: Menteri Luar Mesir, Encik Ahmed Abul Gheit, memberi amaran kelmarin kemungkinan berlaku perlumbaan senjata nuklear antara Iran dan Israel di Timur Tengah.
Dalam satu wawancara dengan stesen televisyen Channel One sebelum terbang ke Amerika Syarikat bagi satu sidang puncak nuklear, Encik Abul Gheit menegaskan Israel mesti menyertai Perjanjian Mencegah Penularan Senjata Nuklear (NPT), dan pada masa sama, menggesa Iran jangan cuba memiliki senjara nuklear.
'Jika Iran menjadi negara nuklear, itu akan mendorong penularan senjatan nuklear di rantau ini,' kata beliau.
Menurutnya, jika Iran memiliki senjata nuklear, dunia Arab juga terpaksa menyertai perlumbaan senjata nuklear.
Encik Abul Gheit menggariskan peri perlunya mencapai satu huraian diplomati berhubung isu program nuklear Iran.
'Mesir berpendapat sebarang tindakan ketenteraan ke atas Iran akan mendatangkan akibat serius ke atas seluruh rantau ini,' tegas beliau.
Encik Abul Gheit berkata Mesir tidak mahu wujud sebarang kuasa nuklear di rantau Timur Tengah.
Menurut beliau, tidak ada bom nuklear di negara-negara Islam, sekali gus menolak kemungkinan bom nuklear digunakan bagi kepentingan masyarakat Arab.
'Isu ini tidak dikuasai oleh emosi atau dimensi Islam, tetapi ia lebih berakar umbi pada kepentingan kebangsaan setiap negara,' tambah beliau.
Encik Abul Gheit tiba di Washington kelmarin bagi menghadiri sidang puncak keselamatan nuklear anjuran Amerika yang bertujuan mewujudkan mekanisme bagi menghalang senjata nuklear jatuh ke tangan pengganas.
Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, membatalkan rancangan menghadiri sidang puncak itu kerana bimbang sekumpulan Negara Islam, yang diketuai oleh Mesir dan Turkey, akan menuntut Israel menandatangi perjanjian NPT.
Israel segelintir negara yang tidak menyertai NPT, dan ia disyaki satu-satunya negara Timur Tengah yang mempunyai senjata nuklear. -- Agensi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment