Pages

Saturday, March 6, 2010

Selangor Terbit Buku Pentadbiran Negeri

SHAH ALAM 6 Mac - Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor menerbitkan buku panduan yang mengggariskan dasar-dasar pentadbiran yang berhubungkait dengan ekonomi, sosial, pendidikan dan halatuju pentadbiran negeri.

Buku yang dilancarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim itu juga memaparkan pelbagai statistik mengenai Selangor serta kejayaan dan kemajuan selama dua tahun Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.

Antara fokus penting buku tersebut ialah kejayaan Selangor mewujudkan pembangunan yang mampan berlandaskan prinsip bebas rasuah dan penyelewengan, telus dan prihatin.

Menteri Besar berkata buku panduan yang bertajuk, "Governing Selangor: Policies, Programmes and Facts" menjadi testimoni kepada kejayaan dasar-dasar yang telah dilaksanakan dalam tempoh dua tahun sejak pilihan raya umum 2008 dan juga program yang bakal dilaksanakan untuk rakyat.

"Buku panduan ini dinamakan merupakan satu susunan kertas maklumat untuk menunjukan semua dasar-dasar program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

"Kita telah meneliti setiap portfolio buku panduan tersebut agar menjadi rujukan berguna untuk awam dan anggota media," kata beliau pada sidang media di pejabatnya semalam.

Menurutnya, pihak awam dialu-alukan untuk memperhalusi pencapaian yang digariskan dalam buku panduan itu dengan tujuan terus memperkukuhkan lagi kerajaan negeri Selangor.

Khalid berkata kerajaan negeri sentiasa bersedia menerima kritikan dan juga idea baru dari rakyat untuk membantu kerajaan melaksanakan segala dasar yang dirancang dengan lebih teratur.

"Kejayaan kerajaan negeri Selangor pada masa kini adalah satu pengalaman besar dan penghormatan tinggi untuk terus melaksanakan pelbagai dasar baru yang akhirnya dapat menentukan matlamat mengubah nyawa rakyat untuk berjaya.

"Kewujudan buku panduan ini juga mengutarakan dasar orang miskin yang dipinggirkan akan dapat melepaskan diri mereka dari lingkaran kehidupan miskin hasil bantuan kerajaan negeri," tambah Khalid.

Selepas dua tahun mentadbir Selangor, kerajaan negeri lebih memahami keinginan rakyat dan keperluan rakyat dan justeru itu menggubal dan melaksana dasar-dasar berpandukan kepada keperluan rakyat ujar beliau.

No comments:

Posting Terkini