KUALA LUMPUR: Pelakon jelita dan popular Malaysia, Maya Karin, 31 tahun, mengakui kemelut yang dihadapi dengan suaminya, Steven David Shorthose, atau nama Islamnya Muhammad Ali Steven, 41 tahun, terlalu rumit.
Menurut beliau, perkahwinan pasangan itu mungkin berakhir di Mahkamah Syariah dalam tempoh terdekat, menurut laporan akhbar Berita Minggu Malaysia (BMM).
Walaupun belum lagi bercerai, setakat ini mereka membawa haluan masing-masing dan hasrat mencapai perdamaian telah menemui jalan buntu, kata Maya, yang ditukil dalam laporan akhbar tersebut, semalam.
'Hubungan kami rumit dan saya difahamkan Steven dalam proses memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah.
'Kita tunggu dan lihat sajalah di mana akhirnya. Saya serah kepada keadaan,' kata beliau kepada BMM.
Sebelum ini, Maya yang juga Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49, mengakui rumah tangganya sedang berdepan dengan konflik.
Maya dan Steven, seorang guru Matematik di sebuah sekolah antarabangsa di Seri Kembangan, Selangor, bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun menjalin percintaan.
Perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Italy.
Ia disusuli oleh majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), di Kepong, Selangor, pada 26 Ogos tahun sama.
Kedua-dua mereka mula berkenalan semasa Maya menemani adiknya yang belajar di Garden International School, di mana Steven adalah seorang guru Matematik.
Laporan media sebelum ini menyebut bahawa Steven telah memeluk Islam lima tahun lalu.
Beliau memilih nama Muhammad Ali sebagai simbolik kepada semangat perjuangan petinju terkenal Muhammad Ali.
'Saya akui rumah tangga kami bergoyang, namun ia tidak ada kena-mengena dengan kehadiran orang ketiga seperti yang dicanang Internet,' kata Maya yang ditukil oleh laporan laman berita The Malaysian Insider pada bulan lalu.
Maya pernah berlakon dalam filem 'Pisau Cukur' dan persembahan teater 'Natrah' pada tahun lalu, dan beliau telah memegang watak utama dalam kedua-duanya.
Monday, March 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment