Pages

Monday, March 8, 2010

Sekilas - Dunia

Arab Saudi rampas buku karya reformis

RIYADH: Pasukan keselamatan Arab Saudi telah merampas buku-buku tulisan seorang reformis dan pengkritik keluarga diraja negara itu dalam satu pesta buku antarabangsa, kata kumpulan hak asasi Arab Saudi semalam.

Persatuan Sivil dan Hak Asasi Politik Arab Saudi (SCPRA) dalam kenyataannya berkata para pegawai keselamatan negara itu menyerbu sebuah gerai di Pesta Buku Antarabangsa Riyadh Khamis lalu dan merampas karya-karya penulis Abdellah Al-Hamid. -- AP.

AP Pakistan bantah imbas seluruh badan

ISLAMABAD: Sekumpulan ahli parlimen (AP) Pakistan memendekkan lawatan mereka ke Amerika Syarikat semalam untuk memprotes langkah mengimbas seluruh tubuh di lapangan terbang negara itu, menurut laporan akhbar-akhbar tempatan.

Stesen televisyen swasta, Geo TV, memetik Senator Abbas Khan Afridi, ketua delegasi Perhimpunan Kebangsaan Pakistan, sebagai berkata kumpulan itu pulang ke Pakistan kerana membantah selepas enggan menjalani pengimbasan seluruh tubuh di Lapangan Terbang Dulles, kira-kira 40 kilometer ke barat Washington. -- Agensi.

Filipina gagal tangkap suspek militan Malaysia

MANILA: Unit marin Filipina telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh militan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dalam satu serangan ke atas kawasan persembunyian mereka di tepi pantai.

Namun mereka gagal menangkap seorang suspek pengganas Malaysia yang diburu oleh Washington.

Komander tentera wilayah, Brigedier Jeneral Rustico Guerrerro, berkata militan Malaysia itu, Zulkifli Hir, atau lebih dikenali sebagai 'Marwan', mungkin sempat melarikan diri dengan beberapa militan kumpulan Abu Sayyaf lain apabila pihak marin tersebut melancarkan serangan di Pulau Laminusa di wilayah Sulu, di selatan Filipina. -- AP.

No comments:

Posting Terkini