Pages

Tuesday, March 9, 2010

Ezam tahu siapa geng firaun kecil

KUALA LUMPUR – :Firaun-firaun kecil yang dimaksudkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan perkara baru tetapi sudah lama wujud dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor.

Menurutnya, beliau mengetahui siapa kelompok tersebut yang disifatkan sebagai duri dalam daging PKR yang mempunyai agenda tersendiri selain anti Melayu dan Islam

“Firaun-firaun kecil itu adalah dalam kalangan pemimpin-pemimpin PKR sendiri dan saya tahu siapa individu-individu yang dimaksudkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘Selamatkan Malaysia Dari Pengkhianat’ anjuran Pemuda UMNO Bahagian Gombak di Padang AU5D, Lembah Keramat, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Ketua UMNO Bahagian Gombak, Rahim Kamarudin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

Ezam berkata, kelompok tersebut juga kemaruk kepada kuasa dan kecenderungan itu jelas dilihat selepas beberepa tahun penubuhan PKR apabila perjuangan mereka semakin lari daripada prinsip asas perjuangan PKR.

“Saya rasa hari ini semakin ramai pemimpin-pemimpin tahu tetapi memang daripada awal lagi kita sudah nampak dan mereka ini semakin lama semakin menguatkan kedudukan mereka dalam parti,” katanya.

“Saya lihat Anwar membiarkan dan tidak membetulkan keadaan ini, sama ada beliau bersetuju dengan mereka atau sememangnya beliau sudah terperangkap dengan mereka itu, kita tidak tahu,” katanya.

Menurutnya, terdapat juga kemungkinan Anwar langsung tidak menghentikan perbuatan kelompok itu.

Katanya, apabila sampai waktunya nanti pemimpin-pemimpin PKR sendiri akan mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan sebagai firaun-firaun kecil itu.

Terdahulu, Zulkifli mendakwa, penubuhan Lembaga Disiplin PKR dengan dibarisi penganut agama lain adalah hasil kerja firaun-firaun kecil yang berupaya mempengaruhi kepimpinan parti yang tidak senang dengannya.

No comments:

Posting Terkini