Pages

Friday, January 22, 2010

Sekilas Dunia

Tiada bom di Kingdom Tower

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi mengarahkan bangunan tertinggi di Riyadh, Kingdom Tower, dikosongkan pada 5 petang kelmarin, selepas terdapat ancaman bom, yang ternyata palsu.

'Seorang tidak dikenali menelefon seorang pekerja Bank Samba di menara itu dan berkata ada bom dalam keretanya,' kata Kementerian Dalam Negeri Saudi. -- AFP, Reuters.

AS tarik balik larangan

WASHINGTON: Amerika Syarikat kelmarin berkata ia telah menarik balik larangan yang dikenakan pentadbiran mantan presiden George W. Bush ke atas dua cendekiawan Islam.

Setiausaha Negara Cik Hillary Clinton telah menandatangani pengecualian imigresen bagi membenarkan Profesor Adam Habib dari Universiti Johannesburg dan Profesor Tariq Ramadan dari Universiti Oxford memohon visa bagi melawat Amerika. -- AFP.

Ketua Polis Syariah dipecat

BANDA ACEH: Datuk bandar Langsa, di Aceh, Encik Zulkifli Zainon, kelmarin memecat ketua Polis Syariah setempat, Encik Syahril, berhubung dakwaan tiga pegawainya merogol beramai-ramai seorang pelajar universiti berusia 20 tahun, lapor akhbar The Jakarta Globe.

Dia diganti Encik Syahbainur. -- Agensi.


No comments:

Posting Terkini