China perketat larangan merokok di bangunan
BEIJING: China mengetatkan larangan merokok di semua kawasan awam dalam bangunan di tujuh ibu kota wilayah.
Kejayaan kempen ini akan menjadi petunjuk sejauh mana pemerintah dapat mengatasi tentangan hebat daripada penjual dan pemerintah setempat yang mendapat untung besar hasil cukai rokok.
Rokok satu perniagaan besar di China, dengan 2 trilion rokok dijual setiap tahun. Rakyat China membentuk seperempat daripada 1.3 bilion perokok di dunia dengan 60 peratus lelaki dan 3 peratus wanita di China menghisap rokok. -- AP.
NZ akur ambil 13 pelarian Sri Lanka
WELLINGTON: New Zealand akur untuk menerima 13 pelarian Sri Lanka yang enggan meninggalkan kapal kastam Australia, Oceanic Viking, selama beberapa minggu di Indonesia tahun lepas, menurut laporan semalam.
Pada mulanya New Zealand enggan mengambil 13 pelarian etnik Tamil itu, kata jurucakap Menteri Imigresen New Zealand, Encik Jonathan Coleman.
Tetapi menyusuli rundingan dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), New Zealand akur menerima 13 pelarian yang disaring UNHCR tertakluk kepada pemeriksaan. -- AFP.
Seks dengan budak: Kemboja penjarakan lelaki Sweden
PHNOM PENH: Sebuah mahkamah Kemboja semalam mengenakan hukuman enam setengah tahun penjara ke atas seorang lelaki rakyat Sweden kerana melakukan pencabulan seks ke atas tiga budak lelaki.
Hakim Chhay Kong, dari Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, menjatuhkan hukuman itu ke atas Johan Abrahim Escori, 62 tahun, kerana melakukan hubungan seks dengan tiga budak lelaki berusia antara sembilan dengan 13 tahun.
Escori ditangkap polis Kemboja pada Mei lalu. -- AFP.
Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment