GENEVA: Agensi makanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menghentikan pengagihan bantuan kepada kira-kira satu juta penduduk di selatan Somalia, kerana serangan terhadap kakitangan dan tuntutan tidak munasabah oleh kumpulan bersenjata.
Program Makanan Dunia (WFP), berkata sehingga 95 daripada kawasannya dikawal kumpulan pejuang Islam al-Shabab.
Kumpulan itu, Jabatan Kerajaan Amerika Syarikat, berkata mempunyai kaitan dan jalinan hubungan dengan al-Qaeda.
Jurucakap WFP, Emilia Casella, berkata kumpulan bersenjata menuntut semua kaum wanita dikeluarkan daripada semua jawatan dan mereka perlu membayar wang perlindungan bagi menjamin keselamatan pekerja bantuan.
Beliau berkata, orang ramai yang menerima bantuan daripada program itu sehingga kini berdepan dengan situasi yang teruk. - AP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment