Abu Kassim Mohamed, 49, dilantik menjadi ketua pesuruhjaya yang baru mulai hari ini. - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Abu Kassim Mohamed hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru.
Upacara mengangkat sumpah dan penyerahan surat pelantikan berlangsung di Istana Terengganu pagi ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Beliau dilihat meninggalkan Istana lebih kurang jam 10.40 pagi selepas upacara tersebut dan sempat melambai kepada petugas media yang berkumpul di luar Istana.
Abu Kassim, menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan sebagai ketua SPRM, dijangka akan memulakan tugas hari ini.
Antara kenamaan yang turut hadir pada majlis itu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.
Monday, January 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment