Pages

Wednesday, January 27, 2010

Kes Enjin F-5E: AJK PAC Sanggah Azmi

Pengumuman pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid bahawa tiada pegawai tertinggi Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) terbabit dalam kehilangan enjin jet F-5E disanggah oleh Ahli Jawatankuasa itu.

AJK yang enggan disiarkan namanya berkata, tiada rumusan mengenainya dibuat. Ia hanya rumusan peribadi Azmi dan yang penting tiada perbincangan langsung mengenai pembabitan pegawai tinggi," katanya.

"Mereka yang dipanggil dan hadir hanya pegawai kanan, jadi macam mana kita boleh terima bahan bukti mereka," katanya.

Beliau juga berkata, jawatankuasa PAC hanya akan membuat rumusan hari ini.

Selain itu ahli AJK itu juga mempertikaian kenyataan Azmi yang mengatakan harga enjin berkenaan hanya RM300,000.

"Ia dibeli pada 70-an, dengan harga kira-kira RM300,000. Tapi kini enjin jenis berkenaan sudah tiada lagi, pasti kini ia mempunayi nilai yang tinggi di pasaran," katanya. - Malaysian Insider


No comments:

Posting Terkini