Pages

Wednesday, January 13, 2010

Kes Cerai Fasakh Mastura 27 Januari

Mastura bersama peguamnya, Roslizam Rahim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini. -Foto The Star

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini hari ini memutuskan untuk mendengar keputusan kes cerai fasakh Mastura Bakar terhadap suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus pada 27 Januari ini.

Peguam Syarie Roslizam Rahim yang mewakili Mastura memohon penangguhan untuk memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 20 Januari ini.

Bagaimanapun, defendan masih tidak hadir ke mahkamah untuk prosiding keempat. Menurut Roslizam, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai Mustafa kerana tiada sesiapa yang menghubungi lelaki itu.

Dalam pada itu, Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin menganggap Mustafa tidak berminat untuk membuat pembelaan beliau.

Mastura, 24, sebelum ini mengemukakan tuntutan fasakh di bawah Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) terhadap Mustafa, 54, seorang ahli perniagaan dan juga bekas suami kepada penyanyi popular lagu-lagu etnik, Noraniza Idris. Tuntutannya itu difailkan pada April tahun lalu.

Pada 5 Januari lalu, Mastura mendakwa Mustafa pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka, tidak adil dalam berpoligami dan banyak berfoya-foya.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2005 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.


No comments:

Posting Terkini