KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menggantikan sistem undi pos dengan sistem pengundian awam bagi polis dan tentera kerana ia bersesuaian dengan keperluan jawatan dan tugas mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) turut membenarkan wakil parti yang bertanding untuk melihat sendiri proses pengundian dan pengiraan undi supaya mereka dapat memastikan sendiri proses itu berjalan dengan adil dan lancar.
"SPR masih berpendapat bahawa sistem pengundian pos yang sedia ada masih lagi relevan seperti mana yang diperuntukkan di dalam Peraturan 2 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftar Pemilih) 2002 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003," katanya di Parlimen di sini hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment