Pages

Sunday, November 1, 2009

Serangan bom di Iraq ragut tujuh nyawa, 40 cedera

HILLA (Iraq): Rangkaian serangan bom di sepanjang Iraq, termasuk dua serangan nekad dan pengeboman berbasikal, meragut tujuh nyawa dan lebih 40 yang lain tercedera, hari ini, kata polis negara itu.

Dalam satu serangan lain, lima maut dan 37 yang lain cedera apabila bom yang disembunyikan di bawah pendingin air di bahagian belakang basikal meletup.

Serangan kira-kira jam 9.30 pagi itu, memusnahkan kawasan pasar di bandar Syiah, Mussayib.
Polis berkata, basikal berkenaan diletakkan di hadapan pasar di Mussayib, iaitu 60 kilometer selatan Baghdad dan wilayah Babil.

Serangan terbaru itu adalah susulan seminggu selepas serangan nekad kembar di tengah-tengah Baghdad, yang meragut 153 nyawa dan mencederakan 500 yang lain.

Ia adalah hari terburuk membabitkan keganasan di Iraq untuk lebih dua tahun. - AFP

No comments:

Posting Terkini