Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata dalam serbuan kira-kira jam 8.40 malam itu, polis turut merampas 30,000 keping VCD dan DVD bernilai RM150,000 daripada empat gerai di pasar malam Batu Feringghi.
"Lima lelaki warga tempatan yang ditahan itu adalah tonto manakala lelaki warga asing itu adalah pekerja di salah sebuah kedai yang kita serbu," katanya di sini, hari ini.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 18(4) Akta Penapisan Filem dan Seksyen 239 Akta Multimedia kerana memiliki “walkie talkie” tanpa permit yang sah. - Bernama
No comments:
Post a Comment