Lantik Dr Koh jadi menteri tanda hargai peranan Gerakan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata beliau melantik Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, sebagai menteri Kabinetnya bagi menghargai peranan dan sumbangan parti itu kepada negara itu.
Datuk Seri Najib berkata berkata pelantikan Dr Koh perlu dilihat sebagai sebahagian daripada proses pemulihan parti itu, di samping beliau mahu suara anggota Gerakan sampai kepada kerajaan dan menganggap pelantikan itu 'hak saya sebagai Perdana Menteri'. -- Bernama.
Cubaan seludup rokok bernilai RM235,000 dipatahkan
SEREMBAN: Kastam Diraja Negeri Sembilan menggagalkan cubaan menyeludup 11,750 karton rokok putih jenama Texas 5 bernilai RM235,000 ($96,232) yang dimuatkan dalam sebuah lori di Kampung Bukit Kuin, Kilometer 17, Jalan Kuantan-Sungai Lembing, di Kuantan, kelmarin.
Pengarahnya, Encik Mohd Kassim Ismail, pada satu sidang akhbar di Wisma Kastam semalam, berkata cukai rokok yang terlibat dianggarkan RM1.1 juta. -- Bernama.
Operasi Tunda: Polis keluarkan 360 saman, sita tujuh kereta
KUALA LUMPUR: Polis Trafik Kuala Lumpur mengeluarkan 360 saman dan menyita tujuh kereta atas kesalahan menghalang lalu lintas dalam Operasi Tunda di sekitar ibu kota, awal pagi semalam.
Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur, Timbalan Superintenden Ng Fook Long, berkata 356 saman dikeluarkan terhadap kenderaan tanpa pemandu manakala empat saman terhadap pemandu dalam operasi yang dijalankan selama hampir tiga jam bermula jam 12 tengah malam kelmarin. -- Bernama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment