Pages

Monday, November 30, 2009

Restoran rosak akibat letupan

JOHOR BAHARU - Sebuah restoran di Stulang yang bakal beroperasi Sabtu ini mengalami kerosakan serius akibat satu letupan dari dalam premis berkenaan, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian di restoran "Stulang Corner", di Jalan Pandan 1, yang hampir 80 peratus siap diubah suai itu berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

"Polis menerima maklumat berlaku satu letupan di premis yang disewa itu kira-kira pukul 4.30 pagi. Siasatan mempercayai kejadian itu berpunca dari perbuatan khianat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, bahan letupan itu dipercayai diletakkan di dalam premis tersebut dan Unit Forensik serta Jabatan Kimia ketika ini sedang menyiasat jenis bahan letupan yang digunakan.


No comments:

Posting Terkini