KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah bertegas tidak akan tunduk kepada desakan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas supaya beliau meletakkan jawatan Kabinetnya itu.
Murugiah berkata, Kayveas tidak ada kuasa mengarahkannya berbuat demikian kerana jawatannya itu atas lantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Dia ini siapa mahu saya letak jawatan. Dia bukan Peguam Negara untuk hantar notis kepada saya.
"Dia juga menyelewengkan fakta kerana dalam Artikel 6.10 Perlembagaan PPP tidak ada menyatakan ahli yang lucut keahlian tidak boleh pegang jawatan (dalam Kabinet)," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Kayveas berkata, PPP akan menyerahkan notis kepada Murugiah supaya meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri dalam masa 14 hari dan kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang.
Katanya, tindakan terhadap Murugiah dilakukan mengikut Artikel 6.10 Perlembagaan PPP. - Bernama
PPP - Parti Perang Perang.
Monday, November 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment