PUTRAJAYA - Kepimpinan UMNO perlu sedar bahawa keputusan yang dibuat oleh pemimpin cawangan atau peringkat bawahan mungkin menghalang orang baru iaitu golongan profesional muda menyertai parti itu.
Mantan Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tidak akan berlaku pembaharuan tanpa orang baru dalam parti serta parti itu akan semakin kecil.
"Saya fikir perkara penting bagi kepimpinan UMNO adalah kesedaran bahawa UMNO semakin kecil kerana pemimpin peringkat bawahan sebenarnya menyekat kemasukan orang baru menyertai UMNO.
"Jika tiada pembaharuan, mereka (pemimpin peringkat bawahan) akan menjadi tua dan bersara namum mereka sahaja yang ada untuk rakyat membuat pilihan," katanya. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment