PUTRAJAYA, 3 Nov -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mempengerusikan mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri di pejabatnya di sini.
Mesyuarat berlangsung kira-kira tiga jam yang bermula pada pukul 9 pagi tadi, dihadiri oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Menteri-menteri Besar yang hadir ialah dari Johor, Pahang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu manakala Ketua Menteri pula dari Melaka dan Sabah sementara Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menghantar wakilnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment