Pages

Thursday, November 5, 2009

Kompleks LKIM rugi RM2.6 juta akibat ribut

PASIR PUTEH - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengalami kerugian lebih RM2.6 juta apabila kompleks perikanan yang dalam pembinaan di Tok Bali mengalami kerosakan teruk akibat dilanda ribut bulan lepas.

Pengarahnya Ab Llah Rashid berkata bangunan yang hampir siap dibina itu mengalami kerosakan pada bumbungnya apabila ia diterbangkan angin lebih 20 hingga 100 meter dari tempat asal selain kerosakan pada tiang-tiangny

"Perkara itu sudah dimaklumkan kepada ibu pejabat LKIM dan tindakan susulan untuk membaikpulihnya sedang diambil," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata kompleks berkenaan mula dibina di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) menerusi tiga fasa dengan kos keseluruhan ialah RM80 juta dan ia merupakan kompleks paling moden di Pantai Timur.

Bangunan berkenaan antara lain menempatkan bahagian pentadbiran, pusat pemasaran, dewan peralatan dan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan nelayan. - Bernama

No comments:

Posting Terkini