Pages

Wednesday, November 4, 2009

Kilang isi tong gas masak terbakar

JOHOR BAHRU: Sebuah kilang mengisi tong gas masak di Jalan Seri Purnama berdekatan Pasar Borong Pandan, Kangkar, Tebrau di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana lima pekerja yang berada dalam kilang itu berjaya menyelamatkan diri.

Antara 15 hingga 20 letupan didengar ketika kebakaran, dipercayai daripada tong gas yang meletup.

Anggota bomba yang tiba tidak lama selepas menerima panggilan, berjaya mengawal api sepenuhnya dalam masa 45 minit.

No comments:

Posting Terkini