Pages

Saturday, November 21, 2009

Bookie bola sepak terbesar Eropah

BOCHUM (Jerman): Polis Eropah hari ini membongkar sindiket bookie bola sepak terbesar di Eropah membabitkan lebih 200 suspek yang mengatur lebih 200 keputusan perlawanan liga di Eropah termasuk tiga perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Pendakwaraya Bochum, Andreas Bachmann dalam sidang akhbarnya sebentar tadi berkata, pihaknya menganggarkan jumlah pertaruhan menjangkau 10 juta Euro (9 juta pound) tetapi menyifatkan angka itu hanya satu jumlah yang kecil berbanding skandal pertaruhan yang sangat besar.

Polis di Jerman, Britain, Austria dan Switzerland berjaya membongkar rangkaian bookie bola sepak itu sejak Khamis lalu, dengan melakukan beberapa serbuan sehingga membawa kepada penahanan 15 suspek di Jerman dan dua di Switzerland.

Polis turut merampas wang tunai satu juta Euro, selain pelbagai barangan untuk membantu siasatan.

Lebih 50 premis di empat negara juga sudah digeledah.

"Kami sebagai badan pengurusan bola sepak Eropah (UEFA) amat terkejut dengan pembongkaran ini," kata wakil UEFA, Peter Limacher kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bochum.

"Ini adalah skandal mengatur perlawanan yang terbesar di Eropah. Kini masanya untuk kita memastikan pengadil, pemain dan pegawai yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan," katanya. -Reuters

No comments:

Posting Terkini