Pages

Sunday, November 22, 2009

Bedah siasat kedua Beng Hock dijangka 5 jam

PETALING JAYA, Nov 22 — Proses bedah siasat mayat Teoh Beng Hock - kematiannya mencetuskan kontroversi empat bulan lalu — bermula pagi ini dan dijangka mengambil masa lima jam.

Sebelum ini proses itu yang bermula 9.30 pagi tadi dijangka berakhir tengah hari ini.

Peguam keluarga Teoh Gobind Singh Deo berkata, pakar patologi hanya menyermpurnakan kerja-kerja imbasan komputer dan sinar-X pada pukul 11 pagi tadi.

Mereka sedang menjalankan kerja-kerja bedah siasat - kali kedua — yang diarahkan oleh koroner, kata Gobind kepada pemberita di pekarangan Hospital Sungai Buloh.

Bedah siasat kali kedua dijalankan oleh Ketua Jabatan Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.

Dr Shahidan dibantu oleh Dr K Saravanan.

Ia disaksikan oleh pakar foresink dari Thailand Dr Porntip Rojanasunan yang dilantik kerajaan negeri Selangor dan pakar forensik bebas Prof Dr Peter Vanezis dari United Kingdom yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Anggota keluarga Teoh juga kelihatan di pekarangan dewan bedah siasat Hospital Sungai Buloh pagi ini. Mereka dilihat turut mengadakan upacara doa selamat.

Turut menyaksikan proses bedah siasat ialah dua pakar yang pernah membedah siasat Teoh iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar. Kedua-dua mereka juga merupakan saksi inkues Teoh.

Mayat Teoh dikeluarkan dari Taman Peringatan Nirwana Semenyih pagi semalam.



No comments:

Posting Terkini