Pages

Sunday, November 22, 2009

Amaran Anwar tindakan progresif

SHAH ALAM – Tindakan yang diumumkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merombak kepimpinan PKR di beberapa negeri disifatkan sebagai satu tindakan yang progresif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Mohamad Talha berkata, langkah itu sebenarnya sudah dimulakan di beberapa negeri antaranya Perak, Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak.

“Rombakan ini sememangnya wajar dilakukan memandangkan kita perlu meletak pemimpin yang mantap untuk mengukuhkan parti.

“Di Selangor sendiri, kita sudah membuat beberapa perubahan dan rombakan dalam struktur parti iaitu rombakan Majlis Pimpinan Perhubungan Negeri Selangor,” katanya




No comments:

Posting Terkini