Pages

Sunday, October 25, 2009

Bola: Liga Perdana Inggeris

Lampard bawa Chelsea kembali ke puncak

LONDON: Frank Lampard menjaringkan dua gol ketika Chelsea melompat mengatasi juara bertahan Manchester United di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 5-0 ke atas Blackburn Rovers di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Gol sendiri pada minit ke-20 oleh pertahanan dari Perancis, Gael Givet, yang menolak masuk hantaran silang Nicolas Anelka melepasi penjaga gol Paul Robinson ketika diasak Didier Drogba, meletakkan the Blues di depan.

Pemain tengah England, Lampard, menjaringkan gol pertama liga sejak April apabila merembat masuk umpanan Drogba sebelum Michael Essien menemui gawang dengan rembatan jauh pada minit ke-52.

Lampard menjaringkn gol kedua beliau daripada sepakan penalti apabila Drogba dijatuhkan tujuh minit kemudian oeh kapten Rovers, Ryan Nelsen.

Drogba pula menambah satu lagi gol pada minit ke-64 untuk Chelsea menang besar. - AFP

Bordeaux di puncak liga Perancis

PARIS: Juara bertahan Bordeaux kembali ke puncak liga Perancis dengan menewaskan Le Mans 3-0 manakala Lyon tewas untuk kali kedua berturut-turut dalam saingan liga apabila tewas mengejut 4-1 kepada Nice.

Bordeaux yang tewas dua perlawanan liga sebelum ini meraih 22 mata, satu mengatasi Monaco yang memastian kemenangan ketujuh musim ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Boulogne.

Montpellier pula gagal ke puncak apabila tewas 3-0 dengan Rennes yang naik ke tangga ketujuh dengan 16 mata. Montpellier kini memiliki 20 mata.

Empat hari selepas menang ke atas Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara, Lyon jatuh ke tempat ketiga dengan 20 mata selepas dibelasah Nice. - AP

Sampdoria terus kejar Inter

ROME: Inter Milan mengekalkan kelebihan dua mata ke atas Sampdoria di puncak Serie A ketika kedua-dua pasukan teratas itu memenangi perlawanan masing-masing.

Inter menang 2-1 di tempat sendiri ke atas Catania manakala Antonio Cassano memacu Sampdoria untuk kemenangan 4-1 ke atas Bologna.

Ini bermakna Inter mendahului dengan 22 mata selepas sembilan perlawanan dengan Sampdoria membuka kelebihan lima mata di antara mereka dan pasukan lain. - AFP

Real Madrid sekadar seri dengan Gijon

MADRID: Real Madrid gagal untuk bangkit daripada kekalahan kepada AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu apabila seri dengan Sporting Gijon 0-0 dalam liga Sepanyol manakala Mallorca yang bermain dengan 9 orang mengikat Atletico Madrid 1-1.

Sevilla pula seri 0-0 dengan Espanyol yang bermain dengan 10 orang dalam hampir keseluruhan separuh masa kedua.

Tanpa Cristiano Ronaldo, Gonzalo Higuain, Karim Benzema dan Ruud van Nistelrooy di bahagian serangan, Madrid ditekan Gijon dalam separuh masa pertama dan hanya mencabar pada separuh masa kedua.

Kaka hampir menjaringkan gol pada minit ke-68 daripada sepakan percuma tetapi penjaga gol, Juan Pablo Colinas, menyelamatkan keadaan.

Pada minith ke-78 pula, pemain tengah Madrid, Xabi Alonso menerima lorongan cantik tetapi merembat bola melepasi palang.

Sementera itu, Borja Valero menjaringkan gol dalam masa kecederaan untuk Mallorca seri dengan Atletico Madrid.

Diego Forlan menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-52 untuk meletakkan Atletico di depan dengan 1-0.

Madrid masih di puncak liga dengan 19 mata bersama Barcelona yang berpeluang memintas apabila bertemu Zaragoza hari ini.

Sevilla di tempat ketiga dengan 16 mata, dua mata mengatasi Gijon dan Espanyol. Atletico di tangga ketujuh. - AP


Keputusan Ligue 1 Perancis

Saint-Etienne 0 - Valenciennes 2 (Audel 17, Ducourtioux 90+2)

Nice 4 (Bagayoko 17, Cissokho 40-gs, Hellebuyck 69, Remy 75) - Lyon 1 (Ederson 84)

Sochaux 1 (Perquis 8) - Lorient 0

Bordeaux 3 (Ovono 4-og, Chamakh 67, Bellion 83) - Le Mans 0

Grenoble 1 (Ljuboja 52) - Nancy 2 (Jemmali 74-og, Hadji 88-pen)

Boulogne 1 (Blayac 66) - Monaco 3 (Park Chu-young 36, Nene 87, 90+4)


Keputusan La Liga Sepanyol

Atletico Madrid 1 (Forlan 53-pen) - Real Mallorca 1 (Valero 90)

Sporting Gijon 0 - Real Madrid 0


Keputusan Liga Serie A Itali

Inter Milan 2 (Muntari 13, Sneijder 31) - Catania 1 (Mascara 84-pen)

Sampdoria 4 (Pazzini 7, Mannini 16, 33, Ziegler 26) - Bologna 1 (Osvaldo 62)


Keputusan Liga Perdana Inggeris



Birmingham 2 (Ridgewell 37, McFadden 48) - Sunderland 1 (Dann 82-gs)

Burnley 1 (Fletcher 4) - Wigan 3 (Rodallega 11, 51, Boyce 76)

Chelsea 5 (Givet 20-og, Lampard 48, 59-pen, Essien 52, Drogba 64) - Blackburn 0

Hull 0 - Portsmouth 0

Tottenham 0 - Stoke 1 (Whelan 86)

Wolverhampton 1 (Ebanks-Blake 83-pen) - Aston Villa 1 (Agbonlahor 79)

No comments:

Posting Terkini