Pages

Thursday, September 24, 2009

Sekilas - Dunia

Tawaran dialog ketua Honduras

TEGUCIGALPA (Honduras): Pemimpin sementara Honduras, Encik Roberto Micheletti, semalam berkata beliau bersedia mengadakan sesi dialog terbuka dengan presiden yang disingkir, Encik Manuel Zelaya, sekiranya beliau dapat menerima cadangan pilihan raya presiden yang dijadualkan November ini.

Tawaran itu dibuat selepas askar melepaskan gas pemedih mata ke atas sekitar 4,000 penyokong Encik Zelaya yang mengadakan bantahan.

Encik Zelaya kini berlindung di kedutaan Brazil di sini walaupun pemerintah sementara telah memutuskan talian telefon dan bekalan elektrik serta air di kedutaan itu. -- AFP.

Sedia berdialog sama Myanmar

NEW YORK: Perdana Menteri Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva, berkata Amerika Syarikat dan Eropah kini kelihatan lebih bersedia berdialog dengan Myanmar bagi menggalakkan perubahan politik di negara itu.

Ini berbeza daripada pendekatan sebelum ini, iaitu mengenakan sekatan saja.

Encik Abhisit berkata demikian ketika berucap di Universiti Columbia kelmarin. -- AP.

Lagi pendatang haram dipintas

ADELAIDE: Sebuah bot membawa 98 pendatang haram yang ingin mendapatkan suaka dipintas pihak berkuasa Australia di perairan berdekatan Pulau Christmas, semalam.

Ini kali ketujuh bot serupa itu dipintas Australia bulan ini.

Sepanjang tahun ini, sebanyak 26 bot yang membawa lebih 1,400 pendatang yang meminta suaka telah dipintas Australia. -- AP.

No comments:

Posting Terkini