Pages

Thursday, September 24, 2009

Hilang diselubungi debu

RIBUT debu dari daerah pedalaman Australia melanda Sydney hingga mengakibatkan bangunan ikon Opera House hampir hilang daripada penglihatan semalam.

Para pakar berkata ribut itu adalah yang terburuk melanda Australia sejak 1940-an.

Ia menyebabkan perkhidmatan feri dibatal, penerbangan dipesong dan kehilangan ribuan tan bunga tanah.

Orang ramai pula terpaksa duduk di rumah bagi mengelakkan masalah pernafasan.

Ribut yang dilaporkan membawa sehingga lima tan debu itu turut melanda Brisbane semalam.

No comments:

Posting Terkini