Guru didakwa pukul murid
BANGKOK: Seorang guru Thai, 29 tahun, didakwa selepas satu klip video telefon bimbit menunjukkan dia memukul seorang murid dan menghantukkan kepalanya ke papan tulis kerana terlupa membawa buku teks, kata para pegawai dan laporan semalam.
Klip video itu, yang disiarkan stesen-stesen televisyen tempatan, menunjukkan guru lelaki tersebut, dari sebuah sekolah menengah privet di Bangkok, menarik murid lelaki berusia 12 tahun itu di lehernya dan memukulnya beberapa kali di kepala apabila murid itu menjawab dengan bahasa kesat selepas dimarahi kerana tidak membawa buku, lapor akhbar The Bangkok Post. -- AFP.
Patah komplot bunuh menteri
PESHAWAR: Pegawai polis menggagalkan satu rancangan membunuh menteri pendidikan Pakistan di wilayah barat daya negara itu apabila mereka menyerang empat anggota militan dalam satu kejadian tembak-menembak yang berakhir dengan seorang pengebom nekad remaja meletupkan dirinya, kata polis.
Seorang pemberi maklumat mendedahkan kepada para pegawai bahawa sekumpulan pemberontak sedang berkumpul di sebuah sekolah tinggi pemerintah di Wilayah Sempadan Barat Laut Pakistan selepas tengah malam kelmarin dan merancang membunuh Encik Sardar Hussain Babak dan menyerang beberapa tapak pemerintah serta pangkalan pasukan keselamatan, kata pegawai polis, Encik Noor Jamal Khan. -- AP.
Usul Masyarakat Asia Timur
NEW YORK: Perdana Menteri baru Jepun, Encik Yukio Hatoyama, kelmarin mengusulkan kepada Presiden China, Encik Hu Jintao, agar diadakan satu pembentukan bersama sebuah pasaran bersama, Masyarakat Asia Timur, sama seperti Kesatuan Eropah (EU), kata para pegawai.
Encik Hatoyama tiba di sini awal semalam untuk kali pertama menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selepas pentadbiran beliau dilancar. -- AFP.
Pelancong terkandas
PULAU PINANG: Kira-kira 500 pelancong terkandas di Bukit Bendera selepas perkhidmatan kereta api ke pusat peranginan itu tergendala empat jam malam kelmarin.
Kerosakan peralatan elektrik dalam bilik enjin di stesen atas menyebabkan perkhidmatan tergendala dari 6.44 petang hingga 10.45 malam.
Kebanyakan pelancong terkandas di stesen atas dan terpaksa dibawa ke stesen bawah dengan kenderaan. -- Bernama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment