Pages

Wednesday, September 23, 2009

Parti India

PETALING JAYA: Sambil membayangkan beliau juga mempunyai keupayaan untuk menerajui MIC, Datuk G. Palanivel menyerahkan kepada Presiden Datuk Seri S. Samy Vellu untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi menyerahkan pucuk kepimpinan parti kepadanya.

"Saya pasti bahawa beliau (Samy Vellu) mempunyai pelan yang baik dalam fikirannya khususnya selepas menyokong saya buat kali kedua bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan 12 September lalu.

"Beliau tahu bila masa yang sesuai untuk menyerahkan tampuk kepimpinan parti," kata Palanivel dalam blognya sekembalinya dari India pagi tadi.

"Banyak persoalan dan tekanan telah diletakkan dalam soal pelan peralihan kuasa dalam MIC.

"Saya telah bekerja dengan rapat bersama Datuk Seri S. Samy Vellu selama bertahun-tahun.

"Beliau telah lama menyediakan saya bagi jawatan tertinggi dalam parti," kata Palanivel dengan memilih cermat perkataan sesuai untuk membentuk reaksinya itu.

Seolah-olah menjawab andaian pelbagai pihak yang sudah mula mempertikaikan tentang kebolehan dan keupayaan memikul jawatan nombor satu parti kelak, Palanivel juga menekankan bahawa beliau juga mempunyai "keupayaan" untuk menerajui MIC jika diberikan peluang.

Malah, menurut bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor dan timbalan menteri itu, ketika beberapa pertemuan berkempen, Samy Vellu pernah mengisytiharkan bahawa "saya mempunyai pengalaman, kematangan dan keupayaan untuk mengambil alih jawatan daripada beliau dan memimpin parti."

No comments:

Posting Terkini