Pages

Tuesday, September 22, 2009

Pemerdagangan Wanita Ada Kaitan Rakyat Malaysia Ditahan Di Kolkata

NEW DELHI, 22 Sept-- Seorang wanita rakyat tempatan yang merupakan paling dikehendaki polis di sini kerana kegiatan antarabansga pemerdagangan manusia ditangkap di Lapangan Terbang Kolkata malam Ahad.

Joyti Rana, 40 tahun yang dipercayai dalang kegiatan pemerdagangan itu yang kebanyakan menyediakan remaja perempuan ke negara Asia tenggara, ketika ditangkap dia dalam perjalanan ke Kolkata dari Malaysia melalui Bangkok dengan menaiki pesawat Air India Express.

"Sejak dua hingga tiga bulan lepas, dia ke Malaysia dua kali. Semasa ditangkap, dia datang ke Kolkata dari Malaysia. Terdapat notis untuk mengesan wanita ini yang dikeluarkan oleh polis Delhi dan kita tahan dia.

"Kita sedang siasat jika dia membekalkan tenaga buruh bawah 21 tahun dan memerdagangkan perempuan. Polis Delhi akan ke sini Selasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

Ketika ini, dia di bawah jagaan pihak kehakiman Kolkata dan perbicaraan terhadapnya pada 19 Okt, menurut Superintendan Polis Daerah Parganas Utara-24 di Barat Bengal, Rahul Srivastav memberitahu Bernama ketika dihubungi.

Wanita itu dengan rakannya, Nisha Sharma alias Meherunnisa, dari Delhi Barat ditahan kerana mengeluarkan pasport India palsu di lapangan terbang tersebut pada hari Ahad kira-kira pukul 9 malam.

Sementara itu, timbalan pesuruhjaya polis Delhi Barat Sharad Aggarwal memberitahu media bahawa polis menerima aduan daripada seorang lelaki pada awal bulan ini bahawa Rana mengenakan mangsa itu kira-kira RM10,000 untuk menghantar beliau ke Greece melalui Turki bagi mendapatkan pekerjaan.

Bagaimanapun apabila mangsa itu tiba di Malaysia, Rana meninggalkannya dan melarikan diri dengan wang tersebut. Kita hantar satu pasukan ke Nawada (negeri Bihar) dan kita diberitahu bahawa dia di Asia Tenggara," kata Aggarwal.

Akhbar Times of India melaporkan bahawa seorang pegawai jenayah kanan Delhi, berkata "kita ada maklumat bahawa tertuduh mengeluarkan visa palsu untuk negara-negara seperti Turki dan Malaysia, dan dia telah menghantar 250 orang termasuk beberapa remaja ke beberapa negara."

--BERNAMA

No comments:

Posting Terkini