Pages

Saturday, August 15, 2009

Masalah Curi Pasir Di Sepang

SHAH ALAM: 14 Ogos, Kebimbangan penduduk kampung terhadap kecurian pasir di Sepang yang semakin berleluasa akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, masalah ini akan diatasi apabila Kumpulan Semester mengambil alih pengurusan pasir dan pemilik tanah persendirian dibenarkan untuk membuat pengambilan pasir di tanah milik mereka mengikut syarat ditetapkan.

“Perkara ini akan selesai tak lama lagi sebab mereka yang mempunyai tanah persendirian yang boleh membuat pengambilan pasir akan dibenarkan tetapi ikut syarat-syarat bagaimana mereka uruskan pasir tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi dialog bersama rakyat, di Dewan Orang Ramai Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Pagi tadi.

Beliau berkata, Syarikat Semester Berhad akan mengembangkan tempat pengorekan pasir bagi menampung permintaan terutamanya daripada pihak pemaju.

Katanya, penduduk Sepang kini sudah sedar tentang pengambilan pasir yang berlaku selama ini adalah secara haram.

“Mengikut pandangan mereka, meraka tidak tahu yang berlaku itu adalah pencurian pasir, tapi hanya pada 2008 baru tahu pengambilan pasir ini bukan betul, sekarang baru dia orang pangil kecurian pasir,” katanya.

Terdahulu dalam sesi dialog bersama rakyat, beberapa Ketua Kampung di Sepang telah mengemukakan kebimbangan mereka terhadap kecurian pasir yang semakin berleluasa di kampung mereka.
KEMALIA OTHMAN

No comments:

Posting Terkini