Pages

Monday, August 31, 2009

Bot nelayan Gaza dibedil Israel

BANDARAYA GAZA: Tentera laut Israel membedil nelayan dari Semenanjung Gaza yang dikepung, menyebabkkan sebuat bot terbakar, kata pihak tentera.

Saksi, bagaimanapun, tidak melaporkan sebarang kemalangan jiwa.

Bot itu dibedil di luar Beit Lahia di utara Gaza oleh tentera laut Israel yang menguatkuasa kepungan terhadap wilayah Palestin itu dan menghalang nelayan daripada keluar melebihi lima kilometer dari pantai.

Jurucakap tentera mengesahkan tentera laut negara itu membedil bot nelayan selepas mereka tidak mengendahkan arahan berpatah balik.

Kira-kira 3,500 nelayan bertungkus lumus mencari rezeki di perairan Gaza sejauh 40 kilometer itu walaupun Israel mengenakan kepungan. - AFP

No comments:

Posting Terkini