Pages

Sunday, June 14, 2009

SEKILAS - DUNIA

Sekatan baru ke atas Korea U

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadualkan meluluskan sekatan baru ke atas Korea Utara semalam.

Sekatan baru itu bertujuan menghalang Korea Utara daripada mendapatkan bahan atau pengetahuan bagi menghasilkan senjata nuklear dan peluru berpandu. -- AFP.

Sekutu PM Aso letak jawatan

TOKYO: Menteri Ehwal Dalam Negeri Jepun, Encik Kunio Hatoyama, sekutu rapat Perdana Menteri, Encik Taro Aso, meletak jawatan semalam.

Keputusan Encik Hatoyama itu diambil menyusuli perselisihan faham dengan anggota Kabinet lain apabila beliau mendesak agar Presiden Japan Post, Encik Yoshifumi Nishikawa, digantikan. -- AFP.

Mahu KL jadi orang tengah

KORONADAL (Filipina): Filipina akan memanfaatkan Malaysia sebagai orang tengah bagi memulakan semula rundingan damai dengan Barisan Pembebasan Islam (MILF), kata Presiden Gloria Arroyo semalam.

Rundingan itu tergantung sejak Ogos lalu selepas pemberontak MILF menyerang anggota masyarakat Kristian di selatan Filipina. -- AFP.

300,000 'ditahan' secara paksa

COLOMBO (Sri Lanka): Kumpulan hak asasi kemanusiaan, Human Rights Watch, semalam mendakwa hampir 300,000 penduduk Sri Lanka ditahan secara paksa di kem perlindungan pemerintah.

Mereka kehilangan tempat tinggal apabila tentera pemerintah melancarkan serangan ke atas pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di wilayah utara Sri Lanka.

Pemerintah berkata golongan itu tidak dibenarkan keluar bagi memastikan mereka tidak berhubungan dengan anggota LTTE yang masih lolos. -- AP.

No comments:

Posting Terkini