Pages

Tuesday, May 5, 2009

SEKILAS - DUNIA

Ketua tentera Nepal diarah teruskan tugas

KATHMANDU: Presiden Nepal, Encik Ram Baran Yadav, mengarahkan Ketua Tentera negara itu supaya terus melaksanakan tugasnya semalam, selepas kerajaan negara itu cuba memecatnya dalam perebutan kuasa antara Perdana Menteri dan pihak tentera.

'Sebagai ketua negara dan panglima tentera utama tertinggi Tentera Nepal, saya mengarahkan anda teruskan tugas yang diberi,' katanya dalam surat kepada Jeneral Rookmangud Katawal.

Encik Ram berkata, usaha memecat Jeneral Katawal tidak mengikut proses perlembagaan. -- AFP.

20 maut dalam banjir, tanah runtuh di Filipina

MANILA: Banjir dan tanah runtuh berpunca daripada hujan lebat meragut 20 nyawa di timur Filipina, kata pegawai pertahanan awam negara itu.

Pejabat Pertahanan Awam berkata ribut memusnahkan timur Bicol dan selatan Pulau Luzon pada hujung mingg lalu, menyebabkan 50,000 orang hilang kediaman di lima wilayah. -- AFP.

Hamid Karzai mahu tanding jadi presiden lagi

KABUL: Presiden Hamid Karzai telah mendaftarkan diri untuk bertanding lagi dalam Pilihan Raya Presiden Afghanistan Ogos ini, untuk berkhidmat kepada rakyat.

Beliau mengaku melakukan beberapa kesilapan sepanjang memegang jawatan Presiden sejak lima tahun lalu. -- AP.

No comments:

Posting Terkini