NAIROBI: Usaha sebuah gereja Kenya membawa nenek tiri Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menganuti agama Kristian, mencetuskan kemarahan masyarakat Islam negara itu, yang mendesak pemerintah menghalang usaha berkenaan.
Gereja Seventh Day Adventist di bandar Kisumu di barat Kenya bercadang menjadikan Cik Mama Sarah, 87 tahun, seorang Kristian dalam satu majlis besar-besaran Sabtu lalu.
Bagaimanapun, cubaan itu terbantut apabila Cik Sarah, seorang Muslim, terkejut dan menolak jemputan ke majlis berkenaan.
'Apabila saya dengar ada rancangan menjadikan saya penganut Kristian, saya menolaknya,' kata beliau kepada akhbar The Standard.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Imam dan Pendakwah Kenya, Sheikh Mohamed Khalifa, kesal dengan cubaan gereja itu memaksa Cik Sarah menukar agama.
Cik Sarah menjadi selebriti selepas cucunya itu melawat Kenya pada 2006. Rumahnya menjadi tarikan pelancong sejak Encik Obama dipilih sebagai presiden kulit hitam pertama Amerika, November lalu.
Encik Obama adalah anak kepada lelaki kulit hitam Islam Kenya dan wanita kulit putih Amerika. -- Agensi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment