Langkah lindungi jemaah umrah
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi akan mengambil beberapa langkah keselamatan untuk melindungi jemaah umrah di Makkah dan Madinah musim panas ini daripada menjadi mangsa penipuan.
Pembantu Setiausaha Rendah Hal Ehwal Umrah di kementerian itu, Encik Adel Balkhair, berkata perkara utama dalam peraturan baru itu ialah ejen luar negara syarikat pengendali umrah perlu menjadi anggota Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Ini bertujuan memastikan ejen asing berkelayakan dan pakar dalam bidang pelancongan yang mengendalikan pakej umrah di negara masing-masing. -- Agensi.
Wabak cirit-birit di Dhaka
DHAKA: Kes cirit-birit di Dhaka telah mencapai tahap wabak sedang ibu kota itu menghadapi kekurangan bekalan air dan elektrik.
Seorang doktor yang mengendalikan kes cirit-birit, Encik Azharul Islam Khan, berkata kliniknya melihat sekitar 800 pesakit baru setiap hari. -- AFP.
Asean bersidang lagi Mei atau Jun
BANGKOK: Sidang puncak Asean dengan enam negara dialognya yang ditangguhkan mungkin diadakan pada akhir bulan depan atau minggu ketiga Jun di Phuket.
Naib Menteri Hal Ehwal Luar Thailand, Encik Panich Vikitsreth, berkata kerajaan dan Kementerian Luar Thai sedang menimbangkan minggu ketiga Jun sebagai tempoh yang sesuai untuk mengadakan sidang puncak itu. -- Bernama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment