Pages

Tuesday, April 28, 2009

PEMISAH FILIPINA BANTU PENGGANAS INDONESIA

MANILA: Gerila pemisah di Filipina membantu suspek pengganas rakyat Indonesia mengelak diri daripada ditangkap dengan memberi mereka perlindungan, senjata dan dana di selatan Filipina, menurut laporan pemerintah.

Maklumat itu diperolehi daripada seorang gerila pemisah yang ditangkap baru-baru ini. Dia memberitahu pegawai penyiasat bahawa suspek pengganas rakyat Indonesia, Umar Patek, menjalin hubungan dengan militan Filipina di wilayah itu.

Satu laporan soal siasat diperolehi Associated Press semalam.

Lelaki yang ditahan, Omar Venancio, memberitahu pegawai penyiasat bahawa Patek, yang melarikan diri ke selatan Mindanao pada 2003, menjalin hubungan dengan sekurang-kurangnya lima kumpulan pemisah untuk mendapatkan tempat perlindungan bagi anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang berpangkalan di Indonesia.

Para pegawai Amerika Syarikat dan Filipina sejak dulu bimbang bahawa pertalian serupa itu akan membolehkan kumpulan radikal rakyat asing memindahkan kemahiran membuat bom dan fahaman pelampau mereka kepada militan rakyat Filipina, sekali gus menjadikan selatan Filipina sebagai tapak latihan pengganas.

Patek dan rakan pengganas dari Indonesia, Dulmatin, melarikan diri ke Mindanao setahun selepas membantu mendalangi serangan bom ke atas kelab malam yang mengorbankan 202 orang di Bali pada 2002.

Sejak itu, mereka berdua menetap di Mindanao bersama 40 anggota JI yang lain, kata pihak tentera.

Venancio ditangkap ejen perisikan pemerintah Januari lalu di bandar Cotabato kerana satu kes pembunuhan.

Menurut Venancio, Patek dan anggota JI rakyat Indonesia kenal para panglima kumpulan Abu Sayyaf dan Pergerakan Rajah Solaiman, yang dikaitkan dengan sejumlah serangan bom di selatan Filipina.

Venancio diperkenalkan dengan Patek oleh Mokasid Dilna, seorang bekas panglima kumpulan Al-Khobar yang ditangkap Januari tahun lepas.

September lalu, Patek meminta bantuan Venancio untuk bertemu panglima Barisan Pembebasan Islam (MILF), Umbra Kato, dengan harapan dia akan memberi Patek senjata dan wang. -- AP, AFP.

No comments:

Posting Terkini